Aku sambung entry ini dengan pengalaman di Padang Besar.
jam 8:30 malam, 4 April 2013, train yang bertolak dari Butterworth tiba di Padang Besar setelah mengambil penumpang2 di hentian semasa odw tadi...
Tiba di checkpoint imigresen Padang Besar, penumpang dimaklumkan supaya tidak perlu membawa turun semua barangan yang dibawa. Cukup sekadar dokumen dan valuable things yang perlu sahaja. So, ini bermakna tiada inspection untuk kastam diantara kedua-dua border.
Turun sahaja train, penumpang perlu ke bahagian Malaysia untuk stamping out. Kemudian setelah selesai dan selusuri lorong ke bahagian Thailand untuk stamping entry. Keseluruhan proses disini memakan masa kurang dari 5 minit. Ini mungkin kerana tiada ramai travellers yang crossing border dgn keretapi waktu itu. Yer la, yg dari Malaysia cuma 2 cars (80 orang)... dan untuk makluman, waktu ketibaan kami di checkpoint ini sememangnya terlalu lewat. Sepatutnya tiba di sini jam 6.30 petang kalu train tadi on-time dari Butterworthjam 2.30ptg.
Selesai sahaja stamping, aku dan beberapa orang penumpang lain terus ke tingkat atas untuk mencari dinner di kantin. Tapi malang dan hampa kerana kantin tersebut telah tutup. In fact, staff imigresen kedua2 border juga terus pulang setelah selesai stamping semua penumpang. So kiranya mereka ni stanby overtime hanya khas untuk kami shaja.
Sementara menunggu train untuk meneruskan perjalanan, next stop ialah hadyai so aku sempat juga menaruh harapan agar ada makcik yang menjaja pulut ayam bila sampai disana. Pulut ayam ni halal berdasarkan blog yang aku baca. Aku juga kena terima hakikat bahawa selepas ni agak sukar untuk mendapatkan makanan Halal.
| posing kat label butterworth-bangkok |
Setelah keretapi ini bertolak, aku pun dah heppy sikit sebab sudah berada di negara gajah putih dan menjadi negara pertama jelajah gilo aku ni. Nak hisap rokok satu masalah sebab cars ni beraircond dan ruang between cars pula ada warning no smooking yang dendanya ialah sebanyak 2000BTH. Hajat itu aku pendamkan sejak dari Penang kerana tidak mahu mencari masalah dengan properties dan law negara orang. Tapi ada satu port yang sesuai iaitu toilet. Oleh kerana cars aku ni adalah last cars, so smooking kat toliet cars aku ni memang clear dan tiada masalah. Toilet ada dua dalam setiap hujung cars. Satu cangkung dan satu lagi tandas duduk. Dalam tandas cangkung ada pili dan shower untuk mandi. Luar tandas ada 2 sinki yang boleh diambil air untuk. Disini juga ada port-plug yang boleh digunakan untuk charge henpon dan laptop.
| salah satu plug yg digunakan untuk charge henpon |
Setelah masa berlalu, jam 10.30mlam train ni sampai di hadyai. Tiba sahaja di sini, proses penyambungan cars dari Malaysia dengan cars yang lain pun berlaku. Setelah selesai sambungan, aku dapati makcik jual pulut ayam tidak muncul-muncul. Kecewa, aku pun menjenguk keluar takut2 dia sedang menunggu diluar untuk pembeli turun membeli disitu.Diplatfom, makcik tu pun tidak kelihatan. Mungkin kerana terlalu lewat dan sepatutnya train ini sampai di sini pada jam 8.30mlm tadi. Tapi disebabkan delay maka sampai disini jam 10.30mlm dan kompem makcik tu dah balik.
| platform di hadyai yang sunyi |
Sambil pekerja itu transform sleepers aku, sempat juga merayau dan bertegur sapa dengan group Malaysia yang aku nampak masa kat stesen butterworth. Salah seorang mereka jugalah yang snap gambar aku sebelah train kat atas masa kat Padang Besar. Mereka adalah student USM yang dalam perjalanan ke ChiangMai atas urusan charity (entah, aku tak paham sangat projek they all ni)... Urusan mereka ni ditemani oleh bertong2 bekalan makanan. So, aku pun tumpang sekaki makan megi dan roti yang mereka hidangkan.
Setelah transform kepada sleepers yang amat selesa dan memuaskan, aktiviti aku adalah membaca majalah Times yang dibeli masa kat Penang tadi sambil layan ipod. Tidur aku amat selesa...
| luaskan kan... |
Bersambung...
No comments:
Post a Comment