Monday, April 15, 2013

Kijo Gilo - Overland KL to HCMC - Part 3

dengan memori yang masih fresh dalam kepala otak nie, so aku teruskan dengan entry sequel untuk jelajah indochina ni.

Aku sambung entry ini dengan pengalaman di Padang Besar.

jam 8:30 malam, 4 April 2013, train yang bertolak dari Butterworth tiba di Padang Besar setelah mengambil penumpang2 di hentian semasa odw tadi...

Tiba di checkpoint imigresen Padang Besar, penumpang dimaklumkan supaya tidak perlu membawa turun semua barangan yang dibawa. Cukup sekadar dokumen dan valuable things yang perlu sahaja. So, ini bermakna tiada inspection untuk kastam diantara kedua-dua border.

Turun sahaja train, penumpang perlu ke bahagian Malaysia untuk stamping out. Kemudian setelah selesai dan selusuri lorong ke bahagian Thailand untuk stamping entry. Keseluruhan proses disini memakan masa kurang dari 5 minit. Ini mungkin kerana tiada ramai travellers yang crossing border dgn keretapi waktu itu. Yer la, yg dari Malaysia cuma 2 cars (80 orang)... dan untuk makluman, waktu ketibaan kami di checkpoint ini sememangnya terlalu lewat. Sepatutnya tiba di sini jam 6.30 petang kalu train tadi on-time dari Butterworthjam 2.30ptg.






 Selesai sahaja stamping, aku dan beberapa orang penumpang lain terus ke tingkat atas untuk mencari dinner di kantin. Tapi malang dan hampa kerana kantin tersebut telah tutup. In fact, staff imigresen kedua2 border juga terus pulang setelah selesai stamping semua penumpang. So kiranya mereka ni stanby overtime hanya khas untuk kami shaja.

Sementara menunggu train untuk meneruskan perjalanan, next stop ialah hadyai so aku sempat juga menaruh harapan agar ada makcik yang menjaja pulut ayam bila sampai disana. Pulut ayam ni halal berdasarkan blog yang aku baca. Aku  juga kena terima hakikat bahawa selepas ni agak sukar untuk mendapatkan makanan Halal.

posing kat label butterworth-bangkok
Setelah naik semula ke cars masing2 untuk teruskan perjalanan, penumpang diedarkan dengan menu oleh salah seorang pelayan train yang baru naik disini. Sebab sejak dari penang tidak nampak pula muka pelayan ni. Melihat menu yang dihidangkan, ada menu yang merujuk kepada binatang kaki pendek tuuu... So, kompem dah wujud kemusyukilan untuk order. Ramai foreigner yang order. Order tersebut akan dihidangkan bila train bercantum di Hadyai nanti kerana car kantin akan disambung di sana dengan cars yang lain.

Setelah keretapi ini bertolak, aku pun dah heppy sikit sebab sudah berada di negara gajah putih dan menjadi negara pertama jelajah gilo aku ni. Nak hisap rokok satu masalah sebab cars ni beraircond dan ruang between cars pula ada warning no smooking yang dendanya ialah sebanyak 2000BTH. Hajat itu aku pendamkan sejak dari Penang kerana tidak mahu mencari masalah dengan properties dan law negara orang. Tapi ada satu port yang sesuai iaitu toilet. Oleh kerana cars aku ni adalah last cars, so smooking kat toliet cars aku ni memang clear dan tiada masalah. Toilet ada dua dalam setiap hujung cars. Satu cangkung dan satu lagi tandas duduk. Dalam tandas cangkung ada pili dan shower untuk mandi. Luar tandas ada 2 sinki yang boleh diambil air untuk. Disini juga ada port-plug yang boleh digunakan untuk charge henpon dan laptop.
salah satu plug yg digunakan untuk charge henpon

Setelah masa berlalu, jam 10.30mlam train ni sampai di hadyai. Tiba sahaja di sini, proses penyambungan cars dari Malaysia dengan cars yang lain pun berlaku. Setelah selesai sambungan, aku dapati makcik jual pulut ayam tidak muncul-muncul. Kecewa, aku pun menjenguk keluar takut2 dia sedang menunggu diluar untuk pembeli turun membeli disitu.Diplatfom, makcik tu pun tidak kelihatan. Mungkin kerana terlalu lewat dan sepatutnya train ini sampai di sini pada jam 8.30mlm tadi. Tapi disebabkan delay maka sampai disini jam 10.30mlm dan kompem makcik tu dah balik.
platform di hadyai yang sunyi
Setelah kecewa kerana sah aku tidak akan ada dinner malam ni dan esok pula brekpas dan lunch ofcos ntah ke mana maka aku pun hanya melepak di seat aku yang masih belum ditransfrom kepada sleepers dengan 1001 perancangan. Setelah train bergerak menuju ke Bangkok, order dinner yang dibuat di Padang Besar tadi pun sampai. Aku sekali lagi hanya dapat menahan dengan menelan air liur sahaja. Selesai proses dinner, pekerja train pun menukarkan tempat duduk kepada sleepers.







Sambil pekerja itu transform sleepers aku, sempat juga merayau dan bertegur sapa dengan group Malaysia yang aku nampak masa kat stesen butterworth. Salah seorang mereka jugalah yang snap gambar aku sebelah train kat atas masa kat Padang Besar. Mereka adalah student USM yang dalam perjalanan ke ChiangMai atas urusan charity (entah, aku tak paham sangat projek they all ni)... Urusan mereka ni ditemani oleh bertong2 bekalan makanan. So, aku pun tumpang sekaki makan megi dan roti yang mereka hidangkan.




Setelah transform kepada sleepers yang amat selesa dan memuaskan, aktiviti aku adalah membaca majalah Times yang dibeli masa kat Penang tadi sambil layan ipod. Tidur aku amat selesa...


luaskan kan...



Bersambung...

Kijo Gilo - Overland KL to HCMC - Part 2

orait, ini adalah entry sambungan kepada enrty sebelum ini iaitu Kijo Gilo - Overland by train & buses from Kuala Lumpur to Bangkok to Seam Reap to Ho Chi Minh City.

3 April 2013 (Rabu)

masih lagi pada hari pertama dan jam 11:00 malam. Aku telah menaiki train ktmb senandung mutiara yang destinasi terakhir adalah butterworth, penang. setelah mencari tempat sleeper aku pun melabuhkan backpack aku yang 20liter dan kemudian terus menjelajah seluruh train. Tiada apa yang special berkenaan train ini berbanding pengalaman pertama dan kedua aku semasa naik dari kelantan ke johor bharu dulu2... Pertama ialah, train ini amat sunyi. Semua penumpang jenis tidak bertegur sapa dan buat hal masing-masing. Mungkin masing-masing ada urusan sendiri. Berbanding time 1st n 2nd pengalaman aku dulu train dipenuhi oleh student UTM dari kelantan nak ke JB. So keadaan cars train agak sibuk dan meriah. Masing2 memenuhi ruang antara cars untuk merokok. Malam itu juga aku ke ruang tersebut dan membuka dunhill indon yang aku bekalkan siang tadi untuk jelajah aku ini. Menghirup sambil layan skyline KL yang indah... Semakin jauh ke utara, skyline KL semakin lenyap dipandangan.


Aku masuk tido di sleepers aku sambil menghitung jam untuk sampai Butterworth.


4 April 2013 (Khamis)

Jam 6:30 pagi, aku dikejutkan oleh konduktor train yang mengatakan bahawa kami sudah tiba di Butterworth, Pinang. Aku terus bangun dan bersedia untuk keluar dari train. Setelah keluar dari train, suasana masih lagi gelap dan terus aku ke surau kecil dibelakang stesen sementara. Selesai sahaja menunaikan hajat dan tanggungjawab Illahi, aku terus keluar dan mencari jalan untuk ke Pier Ferry.

Perancangan aku untuk ke pulau ialah kerana aku akan join kelas Thesis Preparation for Postgraduate Student di dewan IPS USM... Oleh kerana train aku ke Bangkok adalah pada pukul 2.30 ptg nanti, so aku telah menghubungi Rogis PhD student di USM yang sama2 kursus di INTAN last time untuk habiskan masa aku sepagi di penang sementara menunggu petang. Pada mulanya perancangan agak lancar. Tetapi malam sebelum itu dia menerima email daripada SV dia untuk hadir kelas di IPS yang bermula jam 9pg - 12tghari... Aku juga amat berminat untuk join sama memandangkan ia akan jadi keperluan aku nanti apabila register sebagai student PhD somwhere in bulan Julai/Ogos nanti.

So, aku menaiki ferry ke pulau. Dalam perjalanan juga aku telah merekod masa yang diambil untuk perjalanan dari stesen sementara butterworth ke jetty ferry, proses menunggu dan perjalanan ferry ke jeti seberang di pulau. Overall proses memakan masa lebih kurang 35 minit. Ia penting untuk aku set masa yang perlu aku ambil untuk kembali ke butterworth untuk train jam 2.30ptg nanti. Jika tidak, tertinggal lah akuuu... Oh ya, tambang ferry adalah sebanyak rm1.20 sahaja untuk ke pulau. Manakala untuk kembali, tiada lagi bayaran dikenakan.


pemandangan pulau jam 7pagi

kereta yang menaiki ferry untuk ke pulau

Tiba sahaja di jetty ferry di pulau pinang, aku terus ke stesen bas disebelah jetty. Aku berjanji dengan Rogis yang akan mengambil aku disitu. Sambil menunggu Rogis, aku terfikir berkenaan tempoh masa yang diambil untuk kelas ini sehingga pukul 1.00ptg. Ini kerana, aku perlu sampai disini semula sebelum jam 1.00ptg sebagai buffer selamat, jika tidak aku akan tertinggal keretapi di seberang sana. Setelah berfikir beberapa kali berkenaan perkara ini, dan segala contingency masa yang diambil oleh penceramah kelas tersebut yang mungkin akan lewat tamat, maka aku mengambil keputusan drastik untuk tidak mengikuti kelas ini. Aku menelefon Rogis untuk batalkan penyertaan aku dalam kelas ini dan mengandaikan jodoh pertemuan kami hari itu mungkin tiada.

Kemudian, aku ke taman sebelah stesen bas untuk tenangkan dan plan semula jadual yg akan aku penuhi sebelum jam 1ptg di pulau pinang ini. 1001 perancangan muncul dalam pikiran aku. Antaranya ialah untuk lepak di padang kota, lepak ditepi pantai batu feringgi dan jalan-jalan di mall sekitar tasik gelugur. Tetapi, memandangkan aku kesuntukan masa dan tidak tahu arah tujuan yang asal, so aku terus buat keputusan untuk melepak di Komtar sahaja. So, sekarang macamana untuk ke Komtar...? dengan berpandukan google maps dalam iphone, jarak untuk ke Komtar ialah cuma 2km sahaja. So aku ambil keputusan untuk berjalan kaki. 7-5km adalah jarak biasa aku berjalan dan berjoging, inikan pulak 2km jeww...
taman tempat aku melepak

cantik menara jam tuh

Setelah 15 minit berjalan dengan melalui lorong2 rumah2 kedai lama, aku hampir sampai ke Komtar. Tiba satu lorong dihadapan Perangin Mall, aku pun mula menjamu perut dengan brekpas seperti biasa mamak stall.
mamak stall celah lorong depan Perangin Mall

 Aku melepak dan menghabiskan masa disini selama 1 jam. So, bila jam menunjukkan jam 10 pagi, aku pun terus melangkah untuk mandi di Masjid depan Komtar, Masjid Jamek Haji Wahab di Jalan Macalister. Tiba di masjid, semua pintu pagar berkunci. Ya Allah, macamana aku ingin menjadi tetamu mu di masjid ini sedangkan pintu berkunci. Aku mengambil keputusan nekad untuk panjat pagar disebelah bengkel dan kemudian aku panjat salah satu tingkap yang tidak terkunci untuk masuk keruang solat. Setelah melabuhkan semua beg, aku pergi mandi dan seterusnya mendirikan solat Dhuha. Aku mengambil masa juga untuk caj iphone aku dan beriktikaf selama 1.5jam.
 

Iktikaf di Masjid Jamek Hj Wahab
 Jam menunjukkan pukul 12:30tghari dan ia adalah waktu yang sesuai untuk aku keluar dan seterusnya ronda di Komtar. Setelah itu, aku turun ke bus stop dibawah komtar untuk menunggu bas ke jetty. Aku dimaklumkan bas untuk ke jetty dari Komtar ini akan mengambil masa selasa 20minit. So, dengan mengambil kira keadaan jalan jem di pulau pinang ini serta segala macam kemungkinana, aku sekali lagi buat keputusan untuk berjalan kaki ke jetty yang cuma mengambil masa 15 minit. Berjalan kaki dengan beban yang lebih kurang 10kg dibawah matahari terik amat memenatkan. Bagaimanapun, aku nekad untuk sampai ke jeti sebelum jam 1.30ptg kerana ia adalah masa yg terlalu lewat untuk aku. Tiba di jety dengan peluh lencun dan terpaksa beratur kerana penumpang kali ini sangat ramai berbanding waktu pagi tadi. Aku manage naik ferry pukul 1.30 ptg dan tiba di butterworth jam 2.00 ptg. Tanpa buang masa, aku terus ke stesen keratapi.


lokomotif depan stesen


stesen sementara

 Tiba di stesen keretapi sementara butterworth, aku lihat ramai penumpang sedang menunggu train. Ini termasuk train untuk ke KL dan ke Bangkok. Masa masih ada dan aku ke surau belakang untuk solat jamak dan seterusnya makan mee goreng sebagai alas untuk aku di atas train. Tepat jam 2.20 ptg aku kembali ke ruang menuggu dan dimaklumkan train ke bangkok delay jam 3.00ptg.



Fare list

 Sambil menuggu, aku juga sempat mendapatkan bekalan dikedai runcit sebelah. Kebanyakan penumpang ke Bangkok adalah foreigners dan ada juga satu group Malaysian... Jam menunjukkan 3ptg dan sekali dimaklumkan train delay ke jam 4ptg... Bosan menunggu, keluar masuk sekali lagi dimaklumkan train delay ke jam 5ptg. Huhhhhh... geram jew... 2.5 jam delay... Jam 5ptg, train sampai dan aku terkejut kerana cuma ada 2 cars (gerabak) sahaja yang akan bertolak dari Butterworth ke Bangkok. Rupa2nya cars lain akan bersambung nanti di stesen Hadyai.







Masuk sahaja dalam cars, aircond blower tersangatlah sejuk. Amat selesa berbanding dengan ruang menunggu di stesen tadi yang kepanasan luar dalam... Amat tidak terkejut bagi aku kerana tiket aku beli adalah sleepers, tapi yg available adalah seat. Ini kerana pada waktu siang, seat ini akan berkeadaan sedemikian. Manakala bila tiba waktu malam, ia akan ditransform menjadi sleepers. Hebat kan...


Keadaan Sleepers waktu siang. Waktu malam nanti akan ditransform menjadi katil

sunset dikawasan jelapang padi



menara alor star




Tiba di Padang Besar jam 8.30mlam....

Bersambung...

Friday, April 12, 2013

my first Passport

Oleh kerana nak ke oberC, so first thing to come is passport...

Aku tidak pernah ada passport dalam kamus hidup aku for the past 32 years... So, that means im never going to abroad xcept to Ta'bai before... I used to have a border pass with my family group in 2001 (if im not mistaken) for the trip to Phuket, Thailand. That was my first family trip to overC, tapi seperti biasa aku terpaksa lupakan trip tersebut kerana travel date masa tu rasanya clash with my exam/test at utm...

Orait, so on November 30th, 2012, kids, wife n me went to pejabat immigresen presint 14 putrajaya to apply passport... within 1 hour, the is passport ready for collection. wooww, so fast... im so excited.

So, now my first family trip is to USS, Singapore... Accidentally, my sister also will going to USS on Dicember 2012... So, i start to plan my trip by reading a few blog from internet about the USS trip...

Banyak info yang diperoleh melalui blog2 utk USS trip oleh Malaysian. Jadi tiada masalah untuk aku plan sendiri triip aku ini.

Kijo Gilo - Overland by train & buses from Kuala Lumpur to Bangkok to Seam Reap to Ho Chi Minh City

Lazy Saturday.
itu adalah status fesbuk aku setelah dua hari kembali dari overland kl-hcmc melalui kota bangkok dan pekan koboi seam reap... rasa tak cukup tido, penat dan lapar masih lagi terasa.

Kijo Gilo.

Orait, kenapa ia dikatakan sebagai kijo gilo... yup, sebabnya ialah cuti tahunan aku untuk tahun 2013 berbaki lagi sebanyak 32 hari... aku dimaklumkan oleh keranai bhw cuti tersebut akan burst sekiranya aku tidak gunakan sebelum aku bercuti untuk study leave PhD aku nanti bulan Ogos 2013.....

So apalagi, aku pun terus terpikir sambil serut dunhill dan hirup kopi ala2 starbak aku depan lab ict 4. imatec macamana untuk aku habiskan cuti2 ini sbelum bulan puasa nanti...

Aku baru sahaja pulang dari group IMATEC trip ke Beijing selama 5H4M pada 23 - 27 Mac 2013 lepas (akan di bloging kemudian)... So, bajet sekarang agak nipis dan sesak... So, next trip aku mestilah menggunakan se-minimum mugkin kos perjalanan dan living.

Masuk jew dalam bilik aku, terus aku tengok planner tahunan dimanakah slot2 yang available untuk aku menjelajah bumi ALLAH yang indah ini... Planner menunjukkan bhw bulan April ini aku tiada kursus yang perlu diuruskan... So, tempoh dan masa perjalanan aku menstilah berlaku bulan April...

Untuk destinasi pula, aku buat keputusan ia perlulah dapat diakses melalui bas atau keretapi... Dengan ilmu geografi aku yang dpt gred A masa PMR dulu, so destinasi ialah Thailand...
So terus aku gugel dan terkeluarlah searching result yang banyak "KL to Bangkok by train"... Setelah go through satu persatu search result gugel tu, aku tertarik dengan satu blog dari "BackpackerBusuk" berkenaan overland si dara itu ke kota bangkok dan siem reap. So, BackpackerBusuk telah menjadi pilot info bagi aku untuk terus snowball kan info2 berkenaan trip aku. Jadi, setelah dua hari menjalan kan penyelidikan dan kajian (R&D) berkenaan trip dan bajet yang ada, so aku telah memohon cuti melalui hrmis untuk 8-15 april 2013 serta telah mendapat green light dari bos terbaik dan cool yg aku ada setakat ini..

Segala planning dan R&D ini hanya berlaku dalam tempoh tiga hari... haaahhh, tak ker kijo gilo tuh... and for record, aku baru shj kembali dari beijing...
My wife...? shes reluctant to allow me to go with this trip except shes folow... hahhhhhh... setelah pujuk dan bagi link backpackerbusuk dan lavenderbackpacker (2 orang anak gadis melayu yg overland sorang2), then shes okey already...

Rabu,  3 April 2013 pagi,  Aku telah ke KL sentral untuk membeli train ticket frm KL - butterworth... train yg ada ialah malam ini... hahhhh... malam ini, 3 april...? then what about butterworh to bangkok...? siyehhh, kerani kaunter kata tiket available next day... so, aku tanpa pikir panjang terus grab tiket kl ke penang pada 11:30mlm, 3 april dan butterworth ke bangkok train pada 4 april jam 2.30ptg...



Kaunter tiket KL Sentral
tiket KL - Butterworth






tiket Butterworth to Bangkok


Setelah tiket train dibeli, aku terus balik ke opis untuk print-out some info berkenaan train&buses di thailand, cambodia and vietnam from Seat61... aku juga telah membuat tempahan hostel @ Hua Lamphong yang lokasinya berdekatan dengan stesen train central Hua Lamphong di Bangkok. Booking dibuat melalui HostelBookers.

Setelah selesai kerja2 printing dan info diupload dalam googledocs dan di akses melalui ipon yg ada, aku kembali ke rumah untuk packing... terdapat barang yang tidak lengkap dan pusat belian utk barang2 ini ialah Daiso kat Jusco Aeon Bandar Mahkota Cheras...

Packing dah complete, dokumen juga dah lengkap, money exchange pun dah buat, then aku keluar dinner bersama wife dan anak2... jam 10 mlam selepas dinner, wife aku hantar aku ke KL sentral untuk naik train ke butterworth...

Ini adalah pengalaman aku yang ketiga menaiki train. Pengalaman pertama dan kedua ialah semasa naik train dari Kelantan ke Johor Bharu waktu study kat UTM skudai 98-2003. First time naik dapat seat 3rd class... memang teruk sebab seat 90 darjah pacak dan lampu cerah benderang serta bising bunyi rail besi... aku tak dapat tido dari kelate sampailah jb... 2nd time naik dapt sleeper dan selesa sikit. tapi still bunyi bising membuatkan aku xdpt tido nyenyak...

So, utk this trip aku beli yg lower sleeper from kl-butterworth dan butterworth-bangkok.

Sampai KL sentral dan setelah kissing2 my kids n wife, aku pun melangkah masuk ke KL Sentral dengan hati berdebar dan 1001 persoalan datang dalam fikiran... betul ke ni...? nak proceed atau nak stop stakat ni... kijo gilo nie... haaahhhh... persoalan2 penyesalan ini bayank bermaik2 dalam pikiran... tp hati aku dah nekad utk teruskan perjalanan...



family yg dtg hantar aku di kl sentral


Jam 10:45 mlm, gate A dibuka dan aku serta penumpang train yang lain terus ke platform untuk naik train masing2... maka bermulalah kijo gilo aku yang tak berapa gilo...

train kl-butterworth



bersambung...



Monday, April 1, 2013

OverC

Sejak kecil hingga ke umur 32 tahun, aku hanya ke Ta'bai, Thailand sebagai destinasi oberC aku...
Itu pun sebab parent aku ke sana atas urusan bisnes...
Parent aku seorang tokey ikan (hebakkk, haaaaahhhh) yang berpangkalan di Kuala Kemasin, Bachok...

So, to start im goin to storymory a little bit about my parent bisnes...

1)parent aku nie asalnya petani/penanam tembakau di kampung kubang golok, bacok kelantan... selepas melalui hari2 getir dalam berkeluarga, ayah aku mula menceburi bidang lain iaitu driver lori... bermula dari seorang attendant/driver lori milik tokey cina kota bharu, kemudian dia membeli lori sendiri... mula2 beli sebuah lori, kemudian dua buah lori, kemudia, trailer... dan sampai suatu masa jumlah lori dan trailer ayah aku ada sebanyak 7 buah.... Oleh kerana kesan kemelesetan ekonomi tahun 1998, trailer dan lori2 tersebt terpaksa di-letgo satu persatu sehingga tahun 2005, yang tinggal hanya 2 buah trailer dan diuruskan oleh abang aku dan sepupu aku sampai sekarang... Dalam pada masa yang sama, parent aku juga menceburi bidang niaga ikan (tokey ikan) bulus... Ia adalah ekoran daripada cadangan salah seorang bapa saudara aku yang juga petani dan nelayan pada waktu itu yg mengatakan tokey untuk bisnes ikan jenis ini tiada lagi dikawasan bachok pada waktu itu.... So bermula lahh bisnes parent aku dengan ayah aku fokus kepada transportation bisness dan ma aku focus on bisnes ikan.

back to bisness ikan... (tak nak cerita pasal bisnes transportation sebab banyak duka, sebab bisness ikan lagi untung dari bisnes lori yg mengunakan enjin yang memerlukan maintenance all the time... and sometime, profit from bisness ikan digunakan utk cover bisness transportation)

2)orang kelaut (nelayan) akan ke laut jam 3-4 pagi untuk fishing ikan bulus mengunakan bot "skoci". mereka akan meggunakan pukat khas untuk ikan Bulus. harvesting seasons untuk ikan bulus ni biasanya bermula lepas musim tengkujuh iaitu dari bulan Feb - Oktober... Bagaimanapun ia juga bergantung kepada keadaan cuaca semasa samada arus deras/air kotor/hujan... Sekiranya ikan bulus tiada, orang kelaut akan keluar kelaut untk mu'kat ikan2 lain seperti kembong/kerisi/etc...

3) ikan Bulus tiada pasaran di kelantan. pasaran hanya ada di Ta'Bai. Setiap petang, bila orang kelaut naik kejeti ayah aku akan timbang ikan2 tersebut dan masukkan ke dalam tong fiber beserta ais-batu... Tong fiber akan disusun dalam lori 3 tan dan sedia untuk dihantar ke Ta'bai next morning.

4) Awal2 pagi lagi, ayah aku akan hantar ikan dalam tong fiber yang telah diperam dengan air batu ke Ta'bai. Kadang2 dia akan cross-border mengunakan bot enjin sangkut melalui pangkalan2 haram sepanjang sungai golok. Ia cuma mengambil masa 10 minit untuk ke jeti pekan Ta'Bai. But smtime, he just leave the compartment at the jetty and it will be take care by incharge persons from Tokey besar from Ta'Bai.

5) So the routines from 2-4 above will be happened every day from Sat-Thursday... What happen to Friday...? Actually, hari jumaat nelayan tidak akan kelaut. Hari jumaat (selepas solat jumaat) juga mereka akan ke rumah aku untuk terima bayaran tangkapan seminggu dari parent aku... But for my parent, early morning on friday they must go to Ta'Bai to deliver yesterday's catches and to receive a payment for entire weeks of compartments... So, I usually follow my parents to Ta'Bai only on Friday morning... Last 10 years, aku biasanya ikut ke sana bila musim durian. Durian thailand yang femus masa tu ialah durian Bangkok dan Tangkai Panjang... Harga masa tu ialah rm1-4 sekilo... Tapi sekarang, ianya tidak lagi dijual dipekan Ta'Bai kerana harga yang mahal ekoran market di China yang tinggi. So durian ini akan dipasarkan di sana dengan kos tiga kali ganda lebih tinggi berbanding 10 tahun lalu... Yang best dipekan Ta'Bai juga ialah Pulut Ayam... haaahhh... pulut ayam... My ma pergi biasanya dia akan shoopping buah seperti Pauh, Jambu, dan Limau.

6)So, that was my trip to overC for the past 20 years... But now, im maried wit kids and stay in kl.. So, im no longer follow my parent trip to Ta'Bai...

I need to plan my next trip to overC... so next trip is to Singapore...
what..? Singapore...? came'on dude, you stay at UTM Skudai from 1998-2003 but never reach Singapore...? omg.. so naive... yesss... so naive... nak buat mcaman, passport pun takdop...
keluar masuk Ta'bai pun ikut pangkalan haram... mana perlu passport...
Kalaulah situasi sama dengan singapore, so for sure dalam 4 tahun kat skudai aku akan keluar masuk ke singapore setiap minggu...

So, whats next...? get your first passport laa dude... haaaahhhh... ur right...

Hello World

As-usual,
my new blog will be start with "Hello World"

"Hello World" used by many new programmers when their start to learn new prog language.