Showing posts with label Kijo Gilo. Show all posts
Showing posts with label Kijo Gilo. Show all posts

Monday, April 15, 2013

Kijo Gilo - Overland KL to HCMC - Part 2

orait, ini adalah entry sambungan kepada enrty sebelum ini iaitu Kijo Gilo - Overland by train & buses from Kuala Lumpur to Bangkok to Seam Reap to Ho Chi Minh City.

3 April 2013 (Rabu)

masih lagi pada hari pertama dan jam 11:00 malam. Aku telah menaiki train ktmb senandung mutiara yang destinasi terakhir adalah butterworth, penang. setelah mencari tempat sleeper aku pun melabuhkan backpack aku yang 20liter dan kemudian terus menjelajah seluruh train. Tiada apa yang special berkenaan train ini berbanding pengalaman pertama dan kedua aku semasa naik dari kelantan ke johor bharu dulu2... Pertama ialah, train ini amat sunyi. Semua penumpang jenis tidak bertegur sapa dan buat hal masing-masing. Mungkin masing-masing ada urusan sendiri. Berbanding time 1st n 2nd pengalaman aku dulu train dipenuhi oleh student UTM dari kelantan nak ke JB. So keadaan cars train agak sibuk dan meriah. Masing2 memenuhi ruang antara cars untuk merokok. Malam itu juga aku ke ruang tersebut dan membuka dunhill indon yang aku bekalkan siang tadi untuk jelajah aku ini. Menghirup sambil layan skyline KL yang indah... Semakin jauh ke utara, skyline KL semakin lenyap dipandangan.


Aku masuk tido di sleepers aku sambil menghitung jam untuk sampai Butterworth.


4 April 2013 (Khamis)

Jam 6:30 pagi, aku dikejutkan oleh konduktor train yang mengatakan bahawa kami sudah tiba di Butterworth, Pinang. Aku terus bangun dan bersedia untuk keluar dari train. Setelah keluar dari train, suasana masih lagi gelap dan terus aku ke surau kecil dibelakang stesen sementara. Selesai sahaja menunaikan hajat dan tanggungjawab Illahi, aku terus keluar dan mencari jalan untuk ke Pier Ferry.

Perancangan aku untuk ke pulau ialah kerana aku akan join kelas Thesis Preparation for Postgraduate Student di dewan IPS USM... Oleh kerana train aku ke Bangkok adalah pada pukul 2.30 ptg nanti, so aku telah menghubungi Rogis PhD student di USM yang sama2 kursus di INTAN last time untuk habiskan masa aku sepagi di penang sementara menunggu petang. Pada mulanya perancangan agak lancar. Tetapi malam sebelum itu dia menerima email daripada SV dia untuk hadir kelas di IPS yang bermula jam 9pg - 12tghari... Aku juga amat berminat untuk join sama memandangkan ia akan jadi keperluan aku nanti apabila register sebagai student PhD somwhere in bulan Julai/Ogos nanti.

So, aku menaiki ferry ke pulau. Dalam perjalanan juga aku telah merekod masa yang diambil untuk perjalanan dari stesen sementara butterworth ke jetty ferry, proses menunggu dan perjalanan ferry ke jeti seberang di pulau. Overall proses memakan masa lebih kurang 35 minit. Ia penting untuk aku set masa yang perlu aku ambil untuk kembali ke butterworth untuk train jam 2.30ptg nanti. Jika tidak, tertinggal lah akuuu... Oh ya, tambang ferry adalah sebanyak rm1.20 sahaja untuk ke pulau. Manakala untuk kembali, tiada lagi bayaran dikenakan.


pemandangan pulau jam 7pagi

kereta yang menaiki ferry untuk ke pulau

Tiba sahaja di jetty ferry di pulau pinang, aku terus ke stesen bas disebelah jetty. Aku berjanji dengan Rogis yang akan mengambil aku disitu. Sambil menunggu Rogis, aku terfikir berkenaan tempoh masa yang diambil untuk kelas ini sehingga pukul 1.00ptg. Ini kerana, aku perlu sampai disini semula sebelum jam 1.00ptg sebagai buffer selamat, jika tidak aku akan tertinggal keretapi di seberang sana. Setelah berfikir beberapa kali berkenaan perkara ini, dan segala contingency masa yang diambil oleh penceramah kelas tersebut yang mungkin akan lewat tamat, maka aku mengambil keputusan drastik untuk tidak mengikuti kelas ini. Aku menelefon Rogis untuk batalkan penyertaan aku dalam kelas ini dan mengandaikan jodoh pertemuan kami hari itu mungkin tiada.

Kemudian, aku ke taman sebelah stesen bas untuk tenangkan dan plan semula jadual yg akan aku penuhi sebelum jam 1ptg di pulau pinang ini. 1001 perancangan muncul dalam pikiran aku. Antaranya ialah untuk lepak di padang kota, lepak ditepi pantai batu feringgi dan jalan-jalan di mall sekitar tasik gelugur. Tetapi, memandangkan aku kesuntukan masa dan tidak tahu arah tujuan yang asal, so aku terus buat keputusan untuk melepak di Komtar sahaja. So, sekarang macamana untuk ke Komtar...? dengan berpandukan google maps dalam iphone, jarak untuk ke Komtar ialah cuma 2km sahaja. So aku ambil keputusan untuk berjalan kaki. 7-5km adalah jarak biasa aku berjalan dan berjoging, inikan pulak 2km jeww...
taman tempat aku melepak

cantik menara jam tuh

Setelah 15 minit berjalan dengan melalui lorong2 rumah2 kedai lama, aku hampir sampai ke Komtar. Tiba satu lorong dihadapan Perangin Mall, aku pun mula menjamu perut dengan brekpas seperti biasa mamak stall.
mamak stall celah lorong depan Perangin Mall

 Aku melepak dan menghabiskan masa disini selama 1 jam. So, bila jam menunjukkan jam 10 pagi, aku pun terus melangkah untuk mandi di Masjid depan Komtar, Masjid Jamek Haji Wahab di Jalan Macalister. Tiba di masjid, semua pintu pagar berkunci. Ya Allah, macamana aku ingin menjadi tetamu mu di masjid ini sedangkan pintu berkunci. Aku mengambil keputusan nekad untuk panjat pagar disebelah bengkel dan kemudian aku panjat salah satu tingkap yang tidak terkunci untuk masuk keruang solat. Setelah melabuhkan semua beg, aku pergi mandi dan seterusnya mendirikan solat Dhuha. Aku mengambil masa juga untuk caj iphone aku dan beriktikaf selama 1.5jam.
 

Iktikaf di Masjid Jamek Hj Wahab
 Jam menunjukkan pukul 12:30tghari dan ia adalah waktu yang sesuai untuk aku keluar dan seterusnya ronda di Komtar. Setelah itu, aku turun ke bus stop dibawah komtar untuk menunggu bas ke jetty. Aku dimaklumkan bas untuk ke jetty dari Komtar ini akan mengambil masa selasa 20minit. So, dengan mengambil kira keadaan jalan jem di pulau pinang ini serta segala macam kemungkinana, aku sekali lagi buat keputusan untuk berjalan kaki ke jetty yang cuma mengambil masa 15 minit. Berjalan kaki dengan beban yang lebih kurang 10kg dibawah matahari terik amat memenatkan. Bagaimanapun, aku nekad untuk sampai ke jeti sebelum jam 1.30ptg kerana ia adalah masa yg terlalu lewat untuk aku. Tiba di jety dengan peluh lencun dan terpaksa beratur kerana penumpang kali ini sangat ramai berbanding waktu pagi tadi. Aku manage naik ferry pukul 1.30 ptg dan tiba di butterworth jam 2.00 ptg. Tanpa buang masa, aku terus ke stesen keratapi.


lokomotif depan stesen


stesen sementara

 Tiba di stesen keretapi sementara butterworth, aku lihat ramai penumpang sedang menunggu train. Ini termasuk train untuk ke KL dan ke Bangkok. Masa masih ada dan aku ke surau belakang untuk solat jamak dan seterusnya makan mee goreng sebagai alas untuk aku di atas train. Tepat jam 2.20 ptg aku kembali ke ruang menuggu dan dimaklumkan train ke bangkok delay jam 3.00ptg.



Fare list

 Sambil menuggu, aku juga sempat mendapatkan bekalan dikedai runcit sebelah. Kebanyakan penumpang ke Bangkok adalah foreigners dan ada juga satu group Malaysian... Jam menunjukkan 3ptg dan sekali dimaklumkan train delay ke jam 4ptg... Bosan menunggu, keluar masuk sekali lagi dimaklumkan train delay ke jam 5ptg. Huhhhhh... geram jew... 2.5 jam delay... Jam 5ptg, train sampai dan aku terkejut kerana cuma ada 2 cars (gerabak) sahaja yang akan bertolak dari Butterworth ke Bangkok. Rupa2nya cars lain akan bersambung nanti di stesen Hadyai.







Masuk sahaja dalam cars, aircond blower tersangatlah sejuk. Amat selesa berbanding dengan ruang menunggu di stesen tadi yang kepanasan luar dalam... Amat tidak terkejut bagi aku kerana tiket aku beli adalah sleepers, tapi yg available adalah seat. Ini kerana pada waktu siang, seat ini akan berkeadaan sedemikian. Manakala bila tiba waktu malam, ia akan ditransform menjadi sleepers. Hebat kan...


Keadaan Sleepers waktu siang. Waktu malam nanti akan ditransform menjadi katil

sunset dikawasan jelapang padi



menara alor star




Tiba di Padang Besar jam 8.30mlam....

Bersambung...

Friday, April 12, 2013

Kijo Gilo - Overland by train & buses from Kuala Lumpur to Bangkok to Seam Reap to Ho Chi Minh City

Lazy Saturday.
itu adalah status fesbuk aku setelah dua hari kembali dari overland kl-hcmc melalui kota bangkok dan pekan koboi seam reap... rasa tak cukup tido, penat dan lapar masih lagi terasa.

Kijo Gilo.

Orait, kenapa ia dikatakan sebagai kijo gilo... yup, sebabnya ialah cuti tahunan aku untuk tahun 2013 berbaki lagi sebanyak 32 hari... aku dimaklumkan oleh keranai bhw cuti tersebut akan burst sekiranya aku tidak gunakan sebelum aku bercuti untuk study leave PhD aku nanti bulan Ogos 2013.....

So apalagi, aku pun terus terpikir sambil serut dunhill dan hirup kopi ala2 starbak aku depan lab ict 4. imatec macamana untuk aku habiskan cuti2 ini sbelum bulan puasa nanti...

Aku baru sahaja pulang dari group IMATEC trip ke Beijing selama 5H4M pada 23 - 27 Mac 2013 lepas (akan di bloging kemudian)... So, bajet sekarang agak nipis dan sesak... So, next trip aku mestilah menggunakan se-minimum mugkin kos perjalanan dan living.

Masuk jew dalam bilik aku, terus aku tengok planner tahunan dimanakah slot2 yang available untuk aku menjelajah bumi ALLAH yang indah ini... Planner menunjukkan bhw bulan April ini aku tiada kursus yang perlu diuruskan... So, tempoh dan masa perjalanan aku menstilah berlaku bulan April...

Untuk destinasi pula, aku buat keputusan ia perlulah dapat diakses melalui bas atau keretapi... Dengan ilmu geografi aku yang dpt gred A masa PMR dulu, so destinasi ialah Thailand...
So terus aku gugel dan terkeluarlah searching result yang banyak "KL to Bangkok by train"... Setelah go through satu persatu search result gugel tu, aku tertarik dengan satu blog dari "BackpackerBusuk" berkenaan overland si dara itu ke kota bangkok dan siem reap. So, BackpackerBusuk telah menjadi pilot info bagi aku untuk terus snowball kan info2 berkenaan trip aku. Jadi, setelah dua hari menjalan kan penyelidikan dan kajian (R&D) berkenaan trip dan bajet yang ada, so aku telah memohon cuti melalui hrmis untuk 8-15 april 2013 serta telah mendapat green light dari bos terbaik dan cool yg aku ada setakat ini..

Segala planning dan R&D ini hanya berlaku dalam tempoh tiga hari... haaahhh, tak ker kijo gilo tuh... and for record, aku baru shj kembali dari beijing...
My wife...? shes reluctant to allow me to go with this trip except shes folow... hahhhhhh... setelah pujuk dan bagi link backpackerbusuk dan lavenderbackpacker (2 orang anak gadis melayu yg overland sorang2), then shes okey already...

Rabu,  3 April 2013 pagi,  Aku telah ke KL sentral untuk membeli train ticket frm KL - butterworth... train yg ada ialah malam ini... hahhhh... malam ini, 3 april...? then what about butterworh to bangkok...? siyehhh, kerani kaunter kata tiket available next day... so, aku tanpa pikir panjang terus grab tiket kl ke penang pada 11:30mlm, 3 april dan butterworth ke bangkok train pada 4 april jam 2.30ptg...



Kaunter tiket KL Sentral
tiket KL - Butterworth






tiket Butterworth to Bangkok


Setelah tiket train dibeli, aku terus balik ke opis untuk print-out some info berkenaan train&buses di thailand, cambodia and vietnam from Seat61... aku juga telah membuat tempahan hostel @ Hua Lamphong yang lokasinya berdekatan dengan stesen train central Hua Lamphong di Bangkok. Booking dibuat melalui HostelBookers.

Setelah selesai kerja2 printing dan info diupload dalam googledocs dan di akses melalui ipon yg ada, aku kembali ke rumah untuk packing... terdapat barang yang tidak lengkap dan pusat belian utk barang2 ini ialah Daiso kat Jusco Aeon Bandar Mahkota Cheras...

Packing dah complete, dokumen juga dah lengkap, money exchange pun dah buat, then aku keluar dinner bersama wife dan anak2... jam 10 mlam selepas dinner, wife aku hantar aku ke KL sentral untuk naik train ke butterworth...

Ini adalah pengalaman aku yang ketiga menaiki train. Pengalaman pertama dan kedua ialah semasa naik train dari Kelantan ke Johor Bharu waktu study kat UTM skudai 98-2003. First time naik dapat seat 3rd class... memang teruk sebab seat 90 darjah pacak dan lampu cerah benderang serta bising bunyi rail besi... aku tak dapat tido dari kelate sampailah jb... 2nd time naik dapt sleeper dan selesa sikit. tapi still bunyi bising membuatkan aku xdpt tido nyenyak...

So, utk this trip aku beli yg lower sleeper from kl-butterworth dan butterworth-bangkok.

Sampai KL sentral dan setelah kissing2 my kids n wife, aku pun melangkah masuk ke KL Sentral dengan hati berdebar dan 1001 persoalan datang dalam fikiran... betul ke ni...? nak proceed atau nak stop stakat ni... kijo gilo nie... haaahhhh... persoalan2 penyesalan ini bayank bermaik2 dalam pikiran... tp hati aku dah nekad utk teruskan perjalanan...



family yg dtg hantar aku di kl sentral


Jam 10:45 mlm, gate A dibuka dan aku serta penumpang train yang lain terus ke platform untuk naik train masing2... maka bermulalah kijo gilo aku yang tak berapa gilo...

train kl-butterworth



bersambung...