3 April 2013 (Rabu)
masih lagi pada hari pertama dan jam 11:00 malam. Aku telah menaiki train ktmb senandung mutiara yang destinasi terakhir adalah butterworth, penang. setelah mencari tempat sleeper aku pun melabuhkan backpack aku yang 20liter dan kemudian terus menjelajah seluruh train. Tiada apa yang special berkenaan train ini berbanding pengalaman pertama dan kedua aku semasa naik dari kelantan ke johor bharu dulu2... Pertama ialah, train ini amat sunyi. Semua penumpang jenis tidak bertegur sapa dan buat hal masing-masing. Mungkin masing-masing ada urusan sendiri. Berbanding time 1st n 2nd pengalaman aku dulu train dipenuhi oleh student UTM dari kelantan nak ke JB. So keadaan cars train agak sibuk dan meriah. Masing2 memenuhi ruang antara cars untuk merokok. Malam itu juga aku ke ruang tersebut dan membuka dunhill indon yang aku bekalkan siang tadi untuk jelajah aku ini. Menghirup sambil layan skyline KL yang indah... Semakin jauh ke utara, skyline KL semakin lenyap dipandangan.
Aku masuk tido di sleepers aku sambil menghitung jam untuk sampai Butterworth.
4 April 2013 (Khamis)
Jam 6:30 pagi, aku dikejutkan oleh konduktor train yang mengatakan bahawa kami sudah tiba di Butterworth, Pinang. Aku terus bangun dan bersedia untuk keluar dari train. Setelah keluar dari train, suasana masih lagi gelap dan terus aku ke surau kecil dibelakang stesen sementara. Selesai sahaja menunaikan hajat dan tanggungjawab Illahi, aku terus keluar dan mencari jalan untuk ke Pier Ferry.
Perancangan aku untuk ke pulau ialah kerana aku akan join kelas Thesis Preparation for Postgraduate Student di dewan IPS USM... Oleh kerana train aku ke Bangkok adalah pada pukul 2.30 ptg nanti, so aku telah menghubungi Rogis PhD student di USM yang sama2 kursus di INTAN last time untuk habiskan masa aku sepagi di penang sementara menunggu petang. Pada mulanya perancangan agak lancar. Tetapi malam sebelum itu dia menerima email daripada SV dia untuk hadir kelas di IPS yang bermula jam 9pg - 12tghari... Aku juga amat berminat untuk join sama memandangkan ia akan jadi keperluan aku nanti apabila register sebagai student PhD somwhere in bulan Julai/Ogos nanti.
So, aku menaiki ferry ke pulau. Dalam perjalanan juga aku telah merekod masa yang diambil untuk perjalanan dari stesen sementara butterworth ke jetty ferry, proses menunggu dan perjalanan ferry ke jeti seberang di pulau. Overall proses memakan masa lebih kurang 35 minit. Ia penting untuk aku set masa yang perlu aku ambil untuk kembali ke butterworth untuk train jam 2.30ptg nanti. Jika tidak, tertinggal lah akuuu... Oh ya, tambang ferry adalah sebanyak rm1.20 sahaja untuk ke pulau. Manakala untuk kembali, tiada lagi bayaran dikenakan.
| pemandangan pulau jam 7pagi |
| kereta yang menaiki ferry untuk ke pulau |
Tiba sahaja di jetty ferry di pulau pinang, aku terus ke stesen bas disebelah jetty. Aku berjanji dengan Rogis yang akan mengambil aku disitu. Sambil menunggu Rogis, aku terfikir berkenaan tempoh masa yang diambil untuk kelas ini sehingga pukul 1.00ptg. Ini kerana, aku perlu sampai disini semula sebelum jam 1.00ptg sebagai buffer selamat, jika tidak aku akan tertinggal keretapi di seberang sana. Setelah berfikir beberapa kali berkenaan perkara ini, dan segala contingency masa yang diambil oleh penceramah kelas tersebut yang mungkin akan lewat tamat, maka aku mengambil keputusan drastik untuk tidak mengikuti kelas ini. Aku menelefon Rogis untuk batalkan penyertaan aku dalam kelas ini dan mengandaikan jodoh pertemuan kami hari itu mungkin tiada.
Kemudian, aku ke taman sebelah stesen bas untuk tenangkan dan plan semula jadual yg akan aku penuhi sebelum jam 1ptg di pulau pinang ini. 1001 perancangan muncul dalam pikiran aku. Antaranya ialah untuk lepak di padang kota, lepak ditepi pantai batu feringgi dan jalan-jalan di mall sekitar tasik gelugur. Tetapi, memandangkan aku kesuntukan masa dan tidak tahu arah tujuan yang asal, so aku terus buat keputusan untuk melepak di Komtar sahaja. So, sekarang macamana untuk ke Komtar...? dengan berpandukan google maps dalam iphone, jarak untuk ke Komtar ialah cuma 2km sahaja. So aku ambil keputusan untuk berjalan kaki. 7-5km adalah jarak biasa aku berjalan dan berjoging, inikan pulak 2km jeww...
| taman tempat aku melepak |
| cantik menara jam tuh |
Setelah 15 minit berjalan dengan melalui lorong2 rumah2 kedai lama, aku hampir sampai ke Komtar. Tiba satu lorong dihadapan Perangin Mall, aku pun mula menjamu perut dengan brekpas seperti biasa mamak stall.
| mamak stall celah lorong depan Perangin Mall |
Aku melepak dan menghabiskan masa disini selama 1 jam. So, bila jam menunjukkan jam 10 pagi, aku pun terus melangkah untuk mandi di Masjid depan Komtar, Masjid Jamek Haji Wahab di Jalan Macalister. Tiba di masjid, semua pintu pagar berkunci. Ya Allah, macamana aku ingin menjadi tetamu mu di masjid ini sedangkan pintu berkunci. Aku mengambil keputusan nekad untuk panjat pagar disebelah bengkel dan kemudian aku panjat salah satu tingkap yang tidak terkunci untuk masuk keruang solat. Setelah melabuhkan semua beg, aku pergi mandi dan seterusnya mendirikan solat Dhuha. Aku mengambil masa juga untuk caj iphone aku dan beriktikaf selama 1.5jam.
| Iktikaf di Masjid Jamek Hj Wahab |
| lokomotif depan stesen |
| stesen sementara |
Tiba di stesen keretapi sementara butterworth, aku lihat ramai penumpang sedang menunggu train. Ini termasuk train untuk ke KL dan ke Bangkok. Masa masih ada dan aku ke surau belakang untuk solat jamak dan seterusnya makan mee goreng sebagai alas untuk aku di atas train. Tepat jam 2.20 ptg aku kembali ke ruang menuggu dan dimaklumkan train ke bangkok delay jam 3.00ptg.
| Fare list |
Sambil menuggu, aku juga sempat mendapatkan bekalan dikedai runcit sebelah. Kebanyakan penumpang ke Bangkok adalah foreigners dan ada juga satu group Malaysian... Jam menunjukkan 3ptg dan sekali dimaklumkan train delay ke jam 4ptg... Bosan menunggu, keluar masuk sekali lagi dimaklumkan train delay ke jam 5ptg. Huhhhhh... geram jew... 2.5 jam delay... Jam 5ptg, train sampai dan aku terkejut kerana cuma ada 2 cars (gerabak) sahaja yang akan bertolak dari Butterworth ke Bangkok. Rupa2nya cars lain akan bersambung nanti di stesen Hadyai.
Masuk sahaja dalam cars, aircond blower tersangatlah sejuk. Amat selesa berbanding dengan ruang menunggu di stesen tadi yang kepanasan luar dalam... Amat tidak terkejut bagi aku kerana tiket aku beli adalah sleepers, tapi yg available adalah seat. Ini kerana pada waktu siang, seat ini akan berkeadaan sedemikian. Manakala bila tiba waktu malam, ia akan ditransform menjadi sleepers. Hebat kan...
| Keadaan Sleepers waktu siang. Waktu malam nanti akan ditransform menjadi katil |
| sunset dikawasan jelapang padi |
| menara alor star |
Tiba di Padang Besar jam 8.30mlam....
No comments:
Post a Comment